Tahfiz

Nazirah

Objektif: untuk memastikan pelajar mengenal huruf al-Quran dengan baik dan membaca al-Quran dengan baik.

Keperluan Program:

  1. Berminat mempelajari al-Quran

  2. Melepasi Ujian Temuduga

  3. Bersedia mengikut dan mematuhi undang-undang

  4. Menghabiskan Iqra 1 -5

  5. Membaca al-Quran secara melihat sekurangnya 5 juzuk

Natijah Pembelajaran pelajar akan:

  1. Bersedia untuk menghafal al-Quran

  2. Membaca dengan bertajwid dan lahjah Arab

Tahfiz

Objektif: Menghantar hafalan yang baru dan mengingati hafalan yang telah dihafal (para sabaq & mukhtar)

Keperluan Program:

  1. Boleh membaca al-Quran dengan baik

  2. Bersedia untuk menghafal

Natijah Pembelajaran pelajar akan:

  1. Menghafal keseluruhan al-Quran

  2. Mampu untuk menghantar hafalan lama sekurangnya 1 juz sehari

  3. Bersedia mengikuti program syahadah

Syahadah

Objektif: Memastikan pelajar membaca beberapa set ulangan khatam al-Quran dan mengurangi tempo kelajuan membaca al-Quran kepada 30 minit sejuz.

 

Keperluan Program pelajar perlu:

  1. Menghabiskan hafalan keseluruhan al-Quran

  2. Mengingati keseluruhan al-Quran dan mampu menghantar 1 juz sehari.

Natijah Pembelajaran

  1. Menjadi pakar dalam hafalan al-Quran

  2. Pelajar akan tahu cara penjagaan hafalan al-Quran berbanding mereka yang hafiz sahaja tanpa buat syahadah