Alim

Pengenalan

Kelas alim ialah salah satu kursus yang khusus untuk memelihara amalan , warisan dan nilai islam.

Tempoh pembelajaran ialah 7-8 tahun

Pembelajaran terbahagi kepada 2 bahagian :

  1. Teori didalam kelas

  2. Oraktikal di luar kelas didalam pelbagai bentuk (khidmat/komuniti/dakwah/rehlah/islamiyyah) dan perbentangan mingguan (Haflah/Nadi Al arabi)

Asas Kelas Alim

Objektif: Pelajar akan diperkenalkan dengan suasana Kelas Alim, pelajaran yang diajar bersifat asa untuk menyediakan pelajar ke tingkat seterusnya.

Keperluan Program:

  1. Mampu mengenal kebanyakkan perkataan tunggal Bahasa Arab.

  2. Mampu membaca dan memahami Bahasa Arab

  3. Pelajar perlu melepasi setiap ujian yang diberikan dari masa ke semasa (markah lulus ialah 50%)

Natijah Pembelajaran pelajar akan menguasai:

  1. Asas Bahasa Arab dan peraturanya (Nahu & Sarf)

  2. Asas Fiqh (Mazhab Syafie)

  3. Asas Tauhid

  4. Asas Tajwid

  5. Asas Penulisan Khat & Jawi

  6. Asas Sirah(Sejarah)

  7. Adab & Doa

Syahadah Kelas Alim

Objektif: Pelajar akan mempelajari Ilmu Agama dengan lebih mendalam, syarahan pada setiap subjek akan didedahkan untuk menyempurnakan ilmu yang dipelajari.

Keperluan Program:

  1. Mampu menerangkan maksud, kaedah, dan contoh setiap istilah dalam sesuatu ilmu

  2. Mampu memahami Bahasa Arab yang lebih mendalam

Natijah Pembelajaran pelajar akan menguasai:

  1. Mendalami setiap subjek

  2. Diperkenalkan dengan Ilmu tafsir dan Usul fiqh

  3. Mempelajari gaya dan perbezaan didalam Bahasa Arab (balaghah)

  4. Mengetahui perbezaan pendapat dan hukum di dalam islam

Ijazah Alim

Objektif: Pelajar akan difokuskan kepada pembelajaran tafsir dan hadith, pengeluaran dalil-dalil hukum agama daripada al-Quran dan Hadith, dan kesesuaian hukum dengan peredaran zaman (kewangan,undang-undang dan siyasah)

Keperluan Program:

  1. Mengetahui kaedah mengeluarkan hukum agama melalui al-Quran dan Hadith

  2. Menguasai ilmu tafsir dan hadith

  3. Menjawab persoalan ikhtilaf yang diutarakan (Mazhab Syafie)

Natijah Pembelajaran

  1. Pelajar menghabiskan pelajaran Tafsir dan Hadith bersanad

  2. Mempunyai keperluan yang cukup untuk melanjutkan pelajaran kepada pakar didalam sesuatu bidang agama.