Tahfiz
Nazirah
Objektif: untuk memastikan pelajar mengenal huruf al-Quran dengan baik dan membaca al-Quran dengan baik.
Keperluan Program:
Berminat mempelajari al-Quran
Melepasi Ujian Temuduga
Bersedia mengikut dan mematuhi undang-undang
Menghabiskan Iqra 1 -5
Membaca al-Quran secara melihat sekurangnya 5 juzuk
Natijah Pembelajaran pelajar akan:
Bersedia untuk menghafal al-Quran
Membaca dengan bertajwid dan lahjah Arab
Tahfiz
Objektif: Menghantar hafalan yang baru dan mengingati hafalan yang telah dihafal (para sabaq & mukhtar)
Keperluan Program:
Boleh membaca al-Quran dengan baik
Bersedia untuk menghafal
Natijah Pembelajaran pelajar akan:
Menghafal keseluruhan al-Quran
Mampu untuk menghantar hafalan lama sekurangnya 1 juz sehari
Bersedia mengikuti program syahadah
Syahadah
Objektif: Memastikan pelajar membaca beberapa set ulangan khatam al-Quran dan mengurangi tempo kelajuan membaca al-Quran kepada 30 minit sejuz.
Keperluan Program pelajar perlu:
Menghabiskan hafalan keseluruhan al-Quran
Mengingati keseluruhan al-Quran dan mampu menghantar 1 juz sehari.
Natijah Pembelajaran
Menjadi pakar dalam hafalan al-Quran
Pelajar akan tahu cara penjagaan hafalan al-Quran berbanding mereka yang hafiz sahaja tanpa buat syahadah
